Meta Benarkan Ibu Bapa Melihat Topik Atau Pertanyaan Anak Di Chatbot AI

TechnologyFamily & Parenting
24 Apr 2026 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini mengumumkan kemas kini pada Teen Accounts yang membolehkan ibu bapa melihat topik atau pertanyaan yang diajukan anak mereka kepada chatbot AI Meta. Melalui ciri baharu ini, ibu bapa boleh mengakses senarai topik yang ditanya dalam tempoh tujuh hari terakhir sekali gus memudahkan pemantauan penggunaan AI oleh remaja.

image is not available

Ciri Insights turut tersedia dalam aplikasi Facebook, Messenger dan Instagram sekali gus membolehkan ibu bapa meneliti kategori perbualan seperti sekolah dan hiburan.

Meta juga sedang membangunkan sistem amaran proaktif yang akan memaklumkan ibu bapa sekiranya anak mereka cuba berbual tentang isu sensitif seperti bunuh diri atau mencederakan diri.

Langkah ini melengkapkan perlindungan sedia ada, di mana AI Meta direka agar tidak memberikan jawapan yang tidak sesuai untuk remaja berusia 13 tahun ke atas.

image is not available

Selain itu, Meta bekerjasama dengan Cyberbullying Research Center untuk menyediakan panduan berbentuk soalan terbuka yang boleh digunakan ibu bapa sebagai pemula perbualan dengan anak mengenai pengalaman menggunakan AI.

Dalam masa sama, Meta turut memperkenalkan AI Wellbeing Expert Council iaitu majlis pakar yang terdiri daripada pakar kesihatan mental dari institusi akademik. Majlis ini berperanan memberi input berterusan bagi memastikan pengalaman AI untuk remaja kekal selamat dan sesuai dengan usia.

image is not available

Meta juga menegaskan bahawa semua usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memperkukuh pengawasan ibu bapa yang sebelum ini sudah membolehkan mereka menetapkan had masa dan menjadualkan rehat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved