Meta Dakwa PDRM Adalah Pihak Disebalik Akaun ‘Troll’ Sokong Kerajaan Di Media Sosial?

LocalTechnology
5 Aug 2022 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Meta, syarikat teknologi ini mendakwa pihak Polis Diraja Malaysia mungkin merupakan entiti disebalik lambakan akaun troll di media sosial yang cuba untuk memanipulasikan rakyat di Malaysia.

Meta mengatakan, pihaknya telah pun menurunkan sebanyak 596 akaun Facebook, 180 pages, 11 group dan 72 akaun Instagram kerana melanggar polisi Facebook dan Instagram.

Menurut laporan yang dikeluarkan, Meta dikatakan berjaya mengesan pihak disebalik akaun, pages dan group yang telah cuba untuk menutup identiti mereka dengan menggunakan akaun palsu bagi memberikan maklumat tidak betul, lapor FMT.

Walaupun orang disebalik akaun-akaun ini cuba menutup identiti dan koordinasi mereka, siasatan kami mendapati ianya dikaitkan dengan polis Malaysia.”

image is not available

Bukan itu sahaja, syarikat ini turut mengatakan bahawa pihak ini turut aktif di TikTok dan Twitter di mana mereka membuat posting berbentuk meme di dalam bahasa Melayu bagi menyokong kerajaan sekarang dengan membuat dakwaan korupsi terhadap pengkritik mereka.

Biasanya aktiviti posting mereka lebih rancak pada hari bekerja dan berhenti ketika makan tengah hari. Akaun palsu ini juga kurang dibangunkan dan ada antaranya menggunakan gambar profile yang dicuri.”

Selain itu, Meta turut mengatakan sebanyak $6,000 USD (RM26,740) telah dibelanjakan untuk iklankan akaun-akaun ini di Instagram dan Facebook dan telah dibayar dalam ringgit

Pun begitu, ketika artikel ini ditulis, pihak PDRM masih belum memberikan apa-apa komen mengenai dakwaan ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.