Meta Dijangka Memperkenalkan Chatbot AI Seawal Minggu Ini

TechnologyDigital
24 Sep 2023 • 11:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini, kita sedia menyaksikan persaingan sihat dalam arena kecerdasan buatan, termasuk dari OpenAI dengan ChatGPT, selain Google dengan Bard. Meta kini dilihat turut tidak ketinggalan dan dilaporkan bakal memperkenalkan chatbot berasaskan kecerdasan buatan tersendiri seawal minggu ini.

Chatbot yang bakal ditawarkan ini turut akan hadir dengan beberapa personaliti – membolehkan pengguna berinteraksi dengannya. Langkah ini juga dijangka akan menarik lebih ramai pengguna dalam aktif menggunakan perkhidmatan mereka, terutamanya pengguna muda dan remaja.

image is not available

Meta menjadualkan persidangan Meta Connect pada minggu ini, dan dijangka mengumumkan penawaran ini ketika acara berkenaan. Meta juga dijangka menyediakan kemudahan untuk artis untuk menghasilkan bot tersendiri untuk membolehkan peminat mereka berinteraksi bersama dengannya.

Selain meningkatkan kadar interaksi, penawaran chatbot ini juga dijangka akan meningkatkan masa yang dihabiskan pengguna pada aplikasi Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diperkenalkan oleh Meta pada minggu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved