Meta Dijangka Perkenal Model Bahasa Raya Llama 3 Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
14 Apr 2024 • 5:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai syarikat teknologi kini memfokuskan dalam pembangunan model bahasa raya tersendiri. Tidak ketinggalan adalah Meta dengan model mereka dinamakan Llama. Meta menawarkan model mereka dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan model bahasa raya mereka.

Bergerak kehadapan, Meta dijangka akan hadir dengan model generasi baharu mereka, iaitu Llama 3 dalam tempoh sekitar kurang sebulan lagi.

Dibawah Llama 3, Meta dijangka akan memperkenalkan beberapa model berbeza, yang memfokuskan kepada pelbagai keupayaan berbeza. Sejumlah ciri tambahan juga akan diperkenalkan secara berperingkat dalam terus menambah-baik model Llama 3 ini sepanjang tahun selepas pengenalannya kelak.

image is not available

Llama 3 dijangka memperkenalkan sejumlah kelebihan berbanding model Llama 2 yang dilihat agak terhad. Model ini juga dijangka akan menguasakan Meta AI yang telah mula dalam perancangan untuk diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, dan menjadi pembantu maya dalam membantu pelbagai pertanyaan pengguna seluruh dunia.

Llama 3 juga dijangka akan turut menandingi model terbaru OpenAI dan juga Google, sekaligus terus menguntungkan perkembangan kecerdasan dunia seluruh dunia. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Llama 3 oleh Meta tidak lama lagi.