“Baru Balik Beraya Dekat Istana ke?” Video Dua Beradik Berpakaian Warna Kuning Diraja Jadi Tular

13 Apr 2024 • 6:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahun ini, warna ‘brick orange’ dijangka bakal digayakan oleh kebanyakan orang yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, telahan tersebut meleset kerana lebih ramai yang memilih warna lain kerana tidak mahu pakaian mereka ‘tersama’ dengan orang lain.

Mungkin inilah yang cuba dicapai oleh dua orang adik-beradik ini yang tular setelah menggayakan pakaian berwarna kuning diraja, tahun ini.

Apa yang menarik perhatian, dua beradik lelaki ini umpama ‘sultan kecil’ dan sangat comel ketika video mereka pulang ke rumah dirakam oleh ahli keluarga.

Sudahlah pakai baju berwarna kuning diraja, siap bertanjak pula tu! Siap jalan sama-sama macam Upin dan Ipin!

Baru balik istana ke tu….

Rata-rata netizen berasa terhibur melihat dua beradik itu yang berjalan bersama-sama.

Antara komen-komen yang menarik perhatian ialah bagaimana ibu bapa dua beradik itu bagaimana mendapat idea untuk memakaikan anak-anak baju raya berwarna kuning diraja.

Malah, ramai yang kata, adik-adik ini confirm dapat duit raya!

Min tak terfikir nak pakai baju warna kuning diraja. Mungkin tahun depan boleh cuba!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.