Meta Dilaporkan Sedang Menguji Robot Di Pusat Data – Ganti Tugasan Fizikal Yang Memerlukan Manusia

TechnologyDigital
28 Aug 2026 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Dilaporkan Sedang Menguji Robot Di Pusat Data – Ganti Tugasan Fizikal Yang Memerlukan Manusia

Meta kini dilaporkan sedang menguji robot yang bertugas di pusat data, menggantikan manusia. Robot berkenaan dilatih untuk memasang atau mencabut kabel, menetapkan semula pelayan, dan melakukan sejumlah tugasan lain dalam pusat data.

Dengan penggunaan robot, Meta dilihat akan dapat terus melabur pada pusat data dan mengoperasikannya dengan melibatkan bilangan manusia yang lebih sedikit – sekaligus menjadikan kos operasi lebih rendah berbanding kebiasaan.

Untuk tujuan ini, Meta kini menguji robot daripada pelbagai pihak berbeza, dan mengintegrasikannya dalam operasi pusat data. Setiap robot juga dilihat mempunyai kelebihan untuk tugasan berbeza. Sekiranya diimplementasikan penuh, ia dijangka akan mengurangkan 80% tenaga kerja manusia yang diperlukan untuk pusat data.

Buat masa ini, pihak Meta tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan Wired berkaitan hal ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved