Aplikasi MyJPJ Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu

LocalTechnology
25 Apr 2026 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi MyJPJ Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dilihat telah mula menawarkan kemaskini baharu untuk pengguna aplikasi MyJPJ di Android dan iOS, sekaligus bersama-sama dengannya ia menyertakan antaramuka yang serba baharu.

Image from: Aplikasi MyJPJ Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu

Pada halaman utama, kini ia menyertakan akses kepada beberapa menu utama termasuk untuk semakan saman dan eAduan, selain untuk sejumlah pengumuman berkaitan JPJ. Menu akses pantas ke Peti Masuk turut disertakan untuk melihat pelbagai notifikasi semasa melibatkan akaun anda, selain menu direktori dan juga menu profil.

Pada bahagian utama juga, aplikasi MyJPJ turut mengetengahkan akses kepada sokongan perbualan secara permesejan melalui FIFI AI Chatbot. Namun, daripada ujian kami, FIFI AI Chatbot masih belum pintar dalam menjawab sejumlah persoalan melibatkan akaun pengguna, dan sering meminta pengguna rujuk laman rasmi JPJ.

Bagi anda yang ingin mencuba antaramuka baharu ini, anda boleh memuat-turun dan mengemaskini aplikasi MyJPJ hari ini di Google Play Store dan Apple App Store, dan mencubanya sendiri.