Meta Membekukan Pengambilan Pekerja Bahagian AI

TechnologyBusiness & Finance
21 Aug 2025 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adalah Sam Altman bercakap benar bahawa pasaran kecerdasan buatan (AI) sekarang berada di dalam gelembung? Beberapa petunjuk minggu ini seakan mengesahkan kenyataan dibuat pengasas OpenAI. Selepas saham syarikat teknologi utama turun semalam, hari ini Meta telah membekukan pengambilan pekerja bahagian AI menurut laporan Wall Street Journal.

image is not available

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Meta, mereka mengesahkan pembekuan pengambilan tenaga kerja telah dilakukan sejak minggu lalu selari dengan penstrukturan semula secara meluas. Kami laporkan semalam Meta Superintelligence Labs telah dipecahkan kepada empat bahagian utama beberapa minggu selepas ditubuhkan. Meta juga kini terbuka kepada penggunaan model AI terbuka pihak ketiga bagi mempertingkat pembangunan kecerdasan am buatan (AGI).

Pembangunan AI masih lagi diteruskan dengan pesat oleh syarikat dan trilion telah dijanjikan untuk mengejar impian menjadi syarikat membangunkan AGI. Tetapi setiap model baharu yang dilancarkan hanya memberikan peningkatan keupayaan yang kecil tetapi kos semakin tinggi serta kekurangan data untuk latihan. Jika Meta mula menekan brek, adakah ini kenari di dalam lombong untuk industri AI?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved