Meta Membuang 8000 Pekerja Di Seluruh Dunia Hari Ini

WorldTechnology
20 May 2026 • 8:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Membuang 8000 Pekerja Di Seluruh Dunia Hari Ini

Seperti ura-ura yang didengari sejak bulan April lalu, Meta mula membuang sekitar 8000 pekerja mereka di seluruh dunia pagi ini di bawah langkah penstrukturan global. Pembuangan 10% tenaga kerja ini dilakukan selari dengan syarikat yang kini memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Image from: Meta Membuang 8000 Pekerja Di Seluruh Dunia Hari Ini

Kakitangan Meta Singapura mula menerima emel diberhentikan kerja pada jam 4 pagi tadi menurut laporan Straits Times. Kakitangan di negara lain seperti UK, Amerika dan lokasi lain akan menerima notis masing-masing secara berperingkat dengan pekerja sudah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja hari ini sebagai persediaan.

Dua hari lalu penstrukturan pertama telah dilakukan dengan 7000 kakitangan telah ditugaskan semula ke pasukan yang baru dibentuk yang memberi tumpuan kepada inisiatif AI, termasuk produk dan serta ejen.

Tumpuan ke atas pembangunan AI oleh Meta telahpun menyebabkan kakitangan dibuang kerana tugas mereka diambil alih oleh AI. Sementara kakitangan Reality Labs turut dibuang awal tahun ini kerana pembangunan dunia metamesta, set kepala dan permainan metamesta tidak lagi diberikan tumpuan oleh Zuckerberg walaupun bilion dibelanjakan.