
Instagram telag membuang ciri penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) bermula hari ini 8 Mei 2026. Ciri E2EE ini dibuang kerana tidak ramai yang menggunakannya ketika menghantar mesej dalam perkhidmatan Instagram. Pengumuman asal penarikan ciri ini dilakukan oleh Meta pada Mac lalu.

Sebagai alternatif, pihak Meta meminta pengguna berpindah ke WhatsApp sekiranya ingin menggunakan sokongan E2EE dalam pemesejan. Melalui sokongan penyulitan penuh, pihak lain tidak boleh membaca mesej yang dihantar, dan ia boleh dibaca oleh penghantar dan penerima sahaja.
Sebelum ini, TikTok turut mengesahkan mereka tidak akan menyokong penyulitan penuh pada permesejan dalam aplikasi mereka. Aplikasi sosial tempatan, Daun turut telah menambah sokongan permesejan baru-baru ini.



