Meta Mengumumkan Llama 4 – Model AI Baharu, Kini Menguasakan Meta AI

TechnologyDigital
6 Apr 2025 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dinantikan, hari ini Meta membuat kejutan dan memperkenalkan model bahasa raya terbaru mereka, iaitu Llama 4. Selari dengan pengenalan ini, model ini kini turut menguasakan Meta AI di web, Facebook, WhatsApp, Messenger, dan juga Instagram. Walaubagaimanapun, Meta AI masih belum ditawarkan untuk pengguna Malaysia buat masa ini.

Selain penawaran melalui produk-produk Meta, Llama 4 turut ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka kepada mereka yang ingin menggunakannya dalam pembangunan masing-masing.

image is not available

Dua model ditawarkan dibawah Llama 4, iaitu Llama 4 Scout, iaitu sebuah model kecil, dan juga Llama 4 Maverick. Llama 4 Scout dikatakan menawarkan konteks 10 juta token, selari Gemini 2.0 Flash Lite, sementara Llama 4 Maverick pula dikatakan prestasi selari Gemini 2.0 Flash.

Selari pengenalan ini, Meta turut mengatakan mereka akan berkongsi dan berbincang lanjut berkenaan dengan Llama 4 ini menjelang acara LlamaCon yang dijadualkan pada 29 April 2025 kelak.