Meta Pertimbang Caj RM50 Sebulan Untuk Akses Facebook Atau Instagram Bebas Iklan Di Eropah

TechnologyDigital
3 Oct 2023 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini dilaporkan mencadangkan kepada pihak berkuasa di Eropah untuk mengenakan caj akses bulanan sekiranya pengguna tidak bersetuju dengan pengiklanan pada platform sosial mereka.

image is not available

Mengikut cadangan awal, Meta ingin mengenakan caj sebanyak €10 sebulan (~RM49.45) untuk langganan melalui desktop untuk Facebook atau Instagram. Untuk bayaran melalui peranti mudah-alih, Meta dijangka meningkatkan sedikit harga langganan untuk menampung kos cukai yang dikenakan oleh Apple dan Google.

Pihak Meta dipetik mengatakan mereka percaya pada perkhidmatan percuma yang dikuasakan oleh pengiklanan, tetapi kini melihat kepada penawaran pilihan lain disebabkan oleh faktor perundangan.

Meta dijangka menawarkan pelan ini khusus untuk pengguna Eropah sahaja, disebabkan oleh perundangan di Kesatuan Eropah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved