Meta Sedang Bangunkan Aplikasi Baharu Dinamakan “Instants”

TechnologyDigital
10 Feb 2026 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta kini dilihat sedang membangunkan sebuah aplikasi baharu dinamakan Instants, yang membolehkan pengguna berkongsi gambar bersama rakan-rakan dengan mudah.

Aplikasi berkenaan membawakan konsep gambar yang hilang selepas suatu tempoh masa, sekaligus akan membuatkan pengguna aktif dalam membuka dan melihat aktiviti rakan-rakan mereka dari hari ke hari.

image is not available

Untuk makluman, sebelum ini Instagram sedia bereksperimen dengan ciri lebih kurang sama, membolehkan pengguna menghantar gambar yang hilang selepas 24 jam kepada rakan-rakan melalui DM.

Melalui paparan skrin yang hadir ke arena web ini, ia turut memperlihatkan aplikasi Vibes yang turut akan ditawarkan secara berasingan oleh Meta pada penyenaraiannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada aplikasi-aplikasi tambahan ini akan ditawarkan kepada pengguna, atau sekadar eksperimen sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved