
Telegram kini dilihat menawarkan kemaskini untuk pengguna Android, sekaligus membawakan antaramuka dan rekabentuk baharu aplikasi untuk pengguna Android.

Melalui kemaskini ini, pengguna akan perasan logo Telegram kini jelas pada bahagian penjuru atas kiri, dan turut diposisikan bersebelahan dengan paparan Telegram Stories.
Selain pada bahagian logo, bahagian menu bawah juga turut diberikan nafas baharu, dan memberikan akses kepada senarai tetingkap sembang, rakan-rakan, tetapan dan juga profil.

Antaramuka secara keseluruhan juga dikemaskini dan diperkemaskan, menjadikan ia lebih selesa di mata berbanding sebelumnya.
Bagi anda yang menggunakan Telegram pada Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati pembaharuan baharu ini.
