Kanak-kanak ketagih media sosial, Meta bayar saman sekitar RM70 bilion pada AS?

WorldTechnology
27 Aug 2026 • 6:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Kanak-kanak ketagih media sosial, Meta bayar saman sekitar RM70 bilion pada AS?

Berikutan kes terhadap syarikat induk Facebook dan Instagram, Meta telah bersetuju membayar saman sehingga USD$18 bilion sekitar RM70 bilion dalam tempoh 10 tahun sebagai penyelesaian saman tuntutan undang-undang terhadap 47 negeri dan wilayah di Amerika Syarikat.

Memetik laporan Reuters, tuntutan kes ini dibuat kerana Amerika Syarikat mendakwa rekaan platform Facebook dan Instagram adalah punca penyebab ramai kanak-kanak dan golongan remaja negara itu menghadapi masalah ketagih penggunaan media sosial.

Nafi tidak bersalah dan perketat media sosial

Tambahan lagi, menurut laporan tersebut walaupun Meta bersetuju membayar denda yang besar dan melakukan perubahan pada aplikasi mereka, namun Meta menafikan sebarang salah laku. Dan perjanjian dalam penyelesaian tuntutan juga tidak memaksa Meta untuk membuang ciri pengiklanan bersasar atau cadangan algoritma mereka.

Bagi melaksanakan perjanjian yang dibuat, Meta akan mengehadkan masa dan sekatan akses remaja dan kanak-kanak Amerika Syarikat terhadap penggunaan platform media sosial gergasi ini.

Image from: Kanak-kanak ketagih media sosial, Meta bayar saman sekitar RM70 bilion pada AS?
  • Had penggunaan maksimum sebanyak 2 jam sehari bagi akaun remaja.
  • Sekatan akses penuh pada waktu malam (12 tengah malam – 6 pagi) melainkan jika dapat kebenaran ibu bapa.
  • Fungsi notifikasi (push notifications) akan dimatikan secara automatik semasa waktu persekolahan (8 pagi – 3 petang) (waktu Amerika Syarikat)

Kes ini sebenarnya bukan sekadar mengenai jumlah wang yang perlu dibayar oleh Meta, tetapi tentang isu berkenaan perlindungan dan akses pengguna muda dalam penggunaan media sosial dan impak penggunaan terhadap golongan belia secara menyeluruh.

Selain Meta, platform media sosial lain seperti TikTok, YouTube dan Snapchat turut berdepan tekanan yang sama untuk memperkenalkan perlindungan yang lebih ketat bagi kanak-kanak dan golongan remaja.

Dan bagaimana pula dengan pengguna muda media sosial di Malaysia?

Meski undang-undang tempatan telah dikuatkuasakan bagi pengesahan had umur pendaftaran akaun media sosial di bawah 16 tahun. Namun sejauh mana ia dapat mengekang penggunaan platform media sosial dikalangan golongan muda, ia berkait rapat dengan peranan ibu bapa dalam memantau serta menapis kandungan digital yang dilihat dalam dunia digital ini.

Apa pandangan anda tentang isu ini, kongsikan komen anda bersama kami!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved