Meta Telah Cuba Mengambil-Alih Perplexity AI Sebelum Melabur Pada Scale AI

TechnologyDigital
21 Jun 2025 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta dibawah Mark Zuckerberg pada tahun ini sedia melakukan pelaburan dan fokus dalam arena kecerdasan buatan. Beberapa minggu lepas, Meta turut telah melakukan pelaburan berjumlah $14.3 bilion pada Scale AI, sekaligus turut membawa bekas CEO Scale AI untuk turut menerajui pembangunan Meta AI.

Terbaru, hadir laporan mengatakan sebelum melabur pada Scale AI, Meta turut telah cuba mendapatkan syarikat kecerdasan buatan popular, Perplexity AI.

image is not available

Perbincangan bersama Perplexity AI dilihat tidak berhasil, membuatkan kedua-dua pihak tidak meneruskan perbincangan berkenaan dengannya. Perkara ini turut memperlihatkan Mark Zuckerberg kini dalam usaha mendapatkan pelbagai bakat dalam arena kecerdasan buatan untuk menyertai mereka dalam pembangunan Meta AI.

Sebelum ini, pihak OpenAI turut mengatakan Meta pernah cuba mendapatkan bakat-bakat dan pekerja OpenAI dengan penawaran bonus sehingga $100 juta.

Kebelakangan ini, Meta dilihat menghadapi sedikit cabaran dalam memperkenalkan model baharu, berbeza dengan pesaing lain seperti Google dan OpenAI. Namun, salah satu kelebihan pada Meta adalah akses kepada pengguna, dimana Meta AI diintegrasikan melalui aplikasi Instagram, WhatsApp, Facebook dan Messenger. Tidak setakat itu, ia juga diintegrasikan pada kaca mata pintar Meta. Buat masa ini, Meta AI masih tidak ditawarkan di Malaysia, walaupun hasrat untuknya telah diumumkan sejak penghujung tahun 2024 lepas.