Meter pintar bantu pengguna urus penggunaan elektrik

TechnologyBusiness & Finance
27 Aug 2024 • 12:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Meter pintar bantu pengguna urus penggunaan elektrik

johardy

27/08/2024 - 12:34

MERREPAK oleh JOHARDY IBRAHIM

KETIKA mula-mula meter pintar dipasang di sebuah taman perumahan Shah Alam pada 2019, seorang wanita lantang mengkritik penggunaannya dalam grup WhatApp kejiranan.

“Bacaan tidak tepat!”, “Melambung-lambung bil baru!” dan macam-macam lagi pernyataan tak puas hati. Hendak kuatkan hujah, dia selitkan pula "kata kawannya di seksyen sebelah”.

Tidak ramai tetangga mengulas, mungkin masing-masing pun baru pertama kali terima bil meter pintar. `Macam tinggi dari biasa’, jawab seorang jiran. Mana tidaknya, setiap bilik ada aircond. Tambah-tambah lagi musim panas seperti sekarang.

Begitu hiruk-pikuknya ketika itu, sehingga berlaku perdebatan antara wanita itu dengan jiran yang memahami penggunaan meter pintar. Antara ayat yang diingat ketika itu ialah `you pay what you use’ (awak bayar apa awak guna).

Sebenarnya, polisi tersebut kekal relevan sehingga hari ini. Pakai aircond setiap bilik yang rumahnya ada 4 bilik, tidak mungkin bil di bawah RM200 sebulan. Kipas angin, mungkin ya.

Persoalan besar sekarang, apa faedah meter pintar elektrik kepada kita sebagai pengguna?

Penduduk di Seksyen 7 Shah Alam, Muhammad Amzar Jailani berkata, kelebihan terbesar meter pintar ialah tidak lagi memerlukan bacaan meter manual kerana kedua-dua TNB dan pengguna akan dapat mendapatkan bacaan tepat dari jauh dalam "masa nyata.”

Image from: Meter pintar bantu pengguna urus penggunaan elektrik

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved