MetMalaysia keluar amaran ribut petir di sembilan negeri

LocalEnvironment
19 Aug 2026 • 3:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MetMalaysia keluar amaran ribut petir di sembilan negeri
Sembilan negeri di seluruh negara dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sembilan negeri di seluruh negara dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.40 petang memaklumkan di Kedah, kawasan terlibat ialah Baling, Sik, Kulim, Kuala Muda, Pendang dan Yan manakala di Pulau Pinang merangkumi kawasan Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah.

Turut terjejas ialah Perak (Muallim, Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar), Terengganu (Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus) manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Rompin, Temerloh dan Maran.

Di Negeri Sembilan kawasan terlibat ialah Seremban, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Jelebu sementara di Johor hanya membabitkan Segamat.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Miri (Marudi), Limbang, Mukah, Sibu (Sibu dan Selangau), Sarikei (Meradong dan Sarikei) serta Bintulu (Bintulu dan Tatau).

Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Keningau, Tambunan, Membakut, Tenom, Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama

=

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved