MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Tropika Senyar Di Kebanyakan Negeri 

LocalEnvironment
27 Nov 2025 • 11:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Tropika Senyar Di Kebanyakan Negeri 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Ribut Tropika Senyar melibatkan lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) berkuatkuasa hari ini sehingga 29 November 2025.

Difahamkan, negeri yang terlibat termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor. Begitu juga Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung.

“Ribut Tropika (Senyar) telah dikesan pada kedudukan 3.6 darjah Utara 99.9 darjah Timur di utara Sumatera dan 102 kilometer ke barat daya Lumut, Perak.

“Ribut berkenaan kini sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 kilometer per jam,” maklum jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, jabatan berkenaan turut mengemas kini amaran hujan berterusan serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kebanyakan kawasan tersebut.

“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia,, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638,” maklum jabatan itu lagi.

Terdahulu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan ribut berkenaan berisiko melanda Aceh dalam tempoh 24 jam selepas dikesan di Selat Melaka.

CNN Indonesia pada Rabu melaporkan perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah BMKG, Teuku Faisal Fathani berdasarkan analisis atmosfera.

BACA: Indonesia Waspada Hujan Ekstrem, Ribut Tropika Senyar Dikesan Di Selat Melaka

BACA: Peka, Ini Senarai Talian Khas Bencana Banjir Bagi Petani Terjejas

BACA: Banjir Hat Yai: Operasi Pemindahan Pelajar, Pensyarah UUM Dijangka Pagi Ini

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

The post MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Tropika Senyar Di Kebanyakan Negeri  appeared first on Siakap Keli.