Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Sabah hingga 11 November

LocalEnvironment
6 Nov 2026 • 4:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Sabah hingga 11 November

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan tahap waspada melanda Kelantan dan Terengganu bermula Ahad ini hingga 11 Nov.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Kelantan ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata hujan berterusan turut dijangka melanda Sabah dari 9 hingga 11 Nov, melibatkan kawasan Sandakan, iaitu Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.

“Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara pada 9 hingga 11 Nov ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca, selain menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved