MetMalaysia keluarkan nasihat Lekukan Tropika

LocalEnvironment
29 Aug 2025 • 10:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ribut itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada jam 8 malam yang dikesan berlaku pada latitud 17.2 utara dan longitud 110.8 timur kira-kira 303 kilometer (km) ke timur laut Da Nang, Vietnam.

Pusat Operasi Cuaca & Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.

Menurut kenyataan itu lagi, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat, kira-kira 1,318km ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia setakat ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved