MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Kong-Rey

LocalEnvironment
29 Oct 2024 • 11:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluarkan Amaran Taufan Kong-Rey

KOTA KINABALU, 29 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Kong-Rey, yang dikesan kira-kira 1,662 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklmkan bahawa taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada pukul 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan tersebut bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 130 km/j.

“Tiada kesan signifikan taufan tersebut ke atas Malaysia,” menurutnya.

Sumber: BERNAMA