MetMalaysia Kesan Gempa Bumi Magnitud 3.5 Di Perairan Batu Pahat

Entertainment
27 Sep 2025 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.5 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 9.04 pagi Sabtu.

Pusat gempa terletak pada koordinat 1.7° Utara dan 103.1° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berpusat kira-kira 25 kilometer dari tenggara Batu Pahat, sekali gus menyebabkan kemungkinan gegaran ringan dirasai di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak membawa sebarang ancaman besar.

image is not available

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan harta benda atau kecederaan susulan gegaran berkenaan. Keadaan di lokasi dilaporkan stabil dan aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa.

Walaupun terdapat penduduk di pesisir Batu Pahat yang dilaporkan merasai gegaran selama beberapa saat, tiada arahan pemindahan dikeluarkan. Tiada risiko tsunami atau impak besar dijangka susulan insiden tersebut.

MetMalaysia memaklumkan pemantauan seismik akan diteruskan bagi memastikan keselamatan orang ramai dan maklumat terkini akan dikongsi sekiranya terdapat perkembangan baharu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.