
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 7 malam ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan, negeri yang terlibat ialah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan WP Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Di Perak, kawasan yang disenaraikan ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Hilir Perak, Larut Matang, Selama, Kerian, Perak Tengah dan Manjung.
Bagi Terengganu, amaran melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang, kawasan terjejas ialah Lipis serta Jerantut.
Sementara itu, di Selangor, amaran meliputi Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disenaraikan dalam amaran berkenaan.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan), Limbang, Bintulu, Sibu (Sibu dan Kanowit), Sarikei (Maradong dan Sarikei), Miri, Sri Aman, Kapit (Song), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) .
Bagi Sabah, amaran melibatkan bahagian Sandakan (Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan, Kinabatangan dan Tongod), Tawau (Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Beaufort, Sipitang dan Tenom).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.





