MEUFTA 80 peratus selesai, Malaysia-Perancis buru peluang pelaburan tinggi

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 2:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MEUFTA 80 peratus selesai, Malaysia-Perancis buru peluang pelaburan tinggi

PETALING JAYA – Malaysia dan Perancis terus memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan menerusi kerjasama dalam sektor pembuatan termaju, teknologi serta pembangunan rantaian nilai unsur nadir bumi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia, Marc Abensour, di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), semalam.

“Saya menekankan kepentingan pelaburan yang memperkukuh keupayaan industri tempatan, membuka peluang kepada pembekal Malaysia dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Kami turut membincangkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–Kesatuan Eropah (MEUFTA) bagi memperluas akses pasaran dan memperkukuh rantaian bekala,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Johari berkata, kerjasama dengan Kedutaan Perancis akan diteruskan bagi memudah cara pelaburan serta memastikan hubungan ekonomi kedua-dua negara memberikan manfaat kepada perniagaan dan rakyat. – KOSMO! ONLINE

The post MEUFTA 80 peratus selesai, Malaysia-Perancis buru peluang pelaburan tinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved