Malaysia tak pilih Timur atau Barat, mahu pelaburan berkualiti – Johari

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 11:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia tak pilih Timur atau Barat, mahu pelaburan berkualiti – Johari

PETALING JAYA – Malaysia tidak harus terikat dengan pilihan antara Timur atau Barat dalam menentukan hala tuju ekonomi, sebaliknya membuka ruang kerjasama dengan semua rakan dagang bagi menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh daya saing negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerjasama ekonomi Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU) perlu menghasilkan manfaat nyata kepada negara.

Katanya, ia termasuk pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji lebih baik.

“Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan semua rakan ekonomi berasaskan sikap saling menghormati dan manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Johari menyampaikan ucaptama pada EU–Malaysia Business Day 2026: Selangor in Focus di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Johari, ekosistem industri Selangor yang kukuh menyediakan landasan untuk memperluas kerjasama dengan EU, khususnya dalam sektor semikonduktor, pembuatan termaju, tenaga boleh baharu serta teknologi hijau dan digital.

Dalam pada itu, Johari menegaskan komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang menyeluruh, seimbang dan saling menguntungkan.

“Dalam menjayakan agenda kemampanan bersama, kepastian kawal selia amat penting.

“Peraturan perlu praktikal dan mengambil kira kemampuan pekebun kecil serta perusahaan kecil, manakala penangguhan berulang EUDR (Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah) menimbulkan ketidakpastian dan kos tambahan kepada perniagaan yang telah melabur untuk mematuhinya,” katanya.

Sementara itu, EU-Malaysia Business Day 2026: Selangor in Focus diadakan bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) yang dijadual berlangsung bermula 14 hingga 17 Okt 2026. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia tak pilih Timur atau Barat, mahu pelaburan berkualiti – Johari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved