Mexico rampas 17 tan amfetamin

5 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mexico rampas 17 tan amfetamin

BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa merampas 16.8 tan dadah jenis amfetamin dari beberapa makmal dadah rahsia di negeri Sinaloa yang menjadi pangkalan kepada kartel terbesar di Mexico.

Setiausaha Keselamatan Omar Garcia Harfuch berkata, rampasan itu merupakan ‘tamparan terbesar terhadap pengeluaran dadah sintetik’ di Mexico sejak Presiden Claudia Sheinbaum berkuasa pada Oktober 2024.

”Pihak berkuasa menemukan tiga makmal dadah, termasuk sebuah makmal meliputi kawasan seluas 5,700 meter persegi, di kawasan pergunungan Sinaloa,” kata Garcia Harfuch dalam satu kenyataan.

Menurutnya, makmal itu milik kartel dadah ditakuti, Kartel Sinaloa.

Pentadbiran berhaluan kiri Sheinbaum berada di bawah tekanan Presiden Donald Trump untuk membanteras pengedaran dadah.

Di bawah pentadbirannya, pihak berkuasa telah mempertingkatkan serbuan dadah dan menyerahkan puluhan individu disyaki anggota  kartel kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS). – AFP 

 

The post Mexico rampas 17 tan amfetamin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved