MH8110 Mendarat Di Oman, 278 Jemaah Haji Selamat – Tabung Haji

LocalTravel
4 May 2026 • 11:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) melakukan pendaratan berjaga-jaga di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada jam 4.11 petang waktu tempatan selepas dikesan berdepan isu teknikal.

Menurut TH, kesemua 278 jemaah haji yang berada di dalam pesawat berkenaan berada dalam keadaan selamat dan pihak keluarga diminta agar tidak bimbang.

Image from: MH8110 Mendarat Di Oman, 278 Jemaah Haji Selamat – Tabung Haji

Sekadar gambar hiasan

Penerbangan tersebut sebelum itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.06 petang waktu Malaysia, Isnin (4 Mei), dengan destinasi akhir di Jeddah sekitar jam 5.50 petang hari yang sama.

“Pihak AMAL by Malaysia Airlines akan membuat penilaian ke atas pesawat sebelum membuat keputusan selanjutnya tentang penerbangan,” tambah kenyataan itu lagi.

Image from: MH8110 Mendarat Di Oman, 278 Jemaah Haji Selamat – Tabung Haji

TH turut memaklumkan semua jemaah akan ditempatkan di hotel sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Jeddah, dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: FB Tabung Haji

The post MH8110 Mendarat Di Oman, 278 Jemaah Haji Selamat – Tabung Haji appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved