MHTC Lantik Suriaghandi Suppiah Sebagai CEO Baharu

LocalHealth & Fitness
2 Oct 2025 • 4:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MHTC Lantik Suriaghandi Suppiah Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2025 – Menteri Kesihatan, Y.B. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini mengumumkan bahawa proses pemilihan dan penilaian bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah dimuktamadkan dengan pelantikan Encik Suriaghandi Suppiah berkuat kuasa pada 29 September 2025.

Kecemerlangan kerjaya Encik Suriaghandi telah diperkasakan oleh kepimpinan beliau dalam melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi, memperkukuhkan operasi, dan memacu pertumbuhan mampan dalam pelbagai sektor. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Penjagaan Kesihatan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana beliau memainkan peranan utama dalam merangka Strategi Pelaburan Penjagaan Kesihatan KWSP.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara dan beliau telah mengetuai pelbagai inisiatif reformasi serta memainkan peranan utama dalam pelaksanaan Program Pembangunan Sukan Olimpik.

image is not available

Sepanjang tempoh kerjayanya, Encik Suriaghandi telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Operasi Kumpulan di KPJ Healthcare Berhad, Perunding di Vamed Healthcare Services, dan Pengarah Pengurusan Hartanah di Savills Malaysia.

Beliau juga telah menyumbangkan jasa serta khidmat bakti di Khazanah Nasional Berhad serta Parkway Group Healthcare, khususnya dalam aspek pelaburan strategik, pengembangan perniagaan, serta transformasi organisasi.

Mengulas mengenai pelantikan ini, Y.B. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata: “Ekosistem industri perkhidmatan kesihatan Malaysia dilihat terus berkembang kukuh bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Selaras dengan pelaksanaan Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026 (MYMT2026), kami terus komited untuk mempertingkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi utama dalam penjagaan kesihatan yang berkualiti, bertaraf dunia serta mampu milik.”

Sebagai peneraju MHTC yang baharu, Encik Suriaghandi Suppiah dilihat untuk terus memacu misi MHTC dalam memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dunia, di samping mengekalkan piawaian tertinggi dalam aspek kualiti rawatan, ketercapaian, dan nilai untuk pesakit antarabangsa.