Pentadbir Pencen Swasta lantik Taufiq Iskandar sebagai CEO baharu

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2025 • 2:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pentadbir Pencen Swasta lantik Taufiq Iskandar sebagai CEO baharu

image is not available

01/10/2025 - 14:12

Taufiq Iskandar Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 1 Okt – Pentadbir Pencen Swasta (PPA) melantik Taufiq Iskandar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Husaini Hussin yang menerajui organisasi berkenaan sejak 2016.

Taufiq memulakan kerjaya sebagai penganalisis pelaburan di Permodalan Nasional Bhd sebelum menyandang pelbagai jawatan kanan, termasuk Pengarah Penyelidikan dan Pengarah Ekuiti di Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), CEO Penjana Kapital Sdn Bhd serta Pengarah Eksekutif VCAP Asset Managers di bawah Kumpulan ValueCap.

Pengerusi PPA, Datuk Dr Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid berkata, pengalaman luas Taufiq dalam pasaran modal akan memperkukuh peranan PPA sebagai pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS).

“Taufiq mempunyai kepakaran serta komitmen tinggi dalam membangunkan pasaran modal yang dinamik, sekali gus meletakkan beliau pada kedudukan kukuh untuk membawa PPA ke tahap lebih tinggi.

“Saya yakin beliau akan memperkukuh peranan PPA sebagai pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS) di samping terus memajukan industri PRS serta ekosistem perancangan kewangan persaraan negara secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai pentadbir pusat PRS yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti, PPA bertanggungjawab melindungi kepentingan ahli PRS selain memberi pendidikan awam mengenai skim persaraan swasta.

Setakat ini, terdapat sembilan penyedia PRS yang menawarkan 79 dana persaraan dengan sokongan lebih 28,000 perunding PRS di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Husaini atas segala jasa dan sumbangannya sepanjang berkhidmat dengan PPA. - DagangNews.com

standard