MIC tumpu satu kerusi untuk PRN Melaka

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MIC tumpu satu kerusi untuk PRN Melaka

TAPAH – MIC menumpukan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menumpukan pengundi putih dan isu-isu yang perlu ditangani dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya Datuk Seri M. Saravanan berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut sedang menilai calon-calon yang layak bertanding dalam masa terdekat.

“Kita lebih fokus kepada mengenal pasti pengundi khususnya pengundi ‘putih’ dan isu-isu yang sedang atau perlu ditangani dalam masa terdekat.

“Kalau ikut sejarah, selama ini hanya satu kerusi di negeri Melaka dan kita telah kekalkan posisi tersebut sejak merdeka,” katanya di Dewan Gandhi, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tapah itu menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 49 penerima pada Majlis Sumbangan Komputer Riba Parlimen Tapah 2026.

Penerima merupakan pelajar-pelajar yang terdiri daripada keluarga B40 Parlimen Tapah yang sedang melanjutkan pengajian di instisusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan instisusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Untuk rekod, dalam PRN Melaka pada 2021, MIC yang bertanding di bawah BN memenangi kerusi DUN Gadek menerusi calonnya, VP Shanmugam dalam pertembungan enam penjuru dengan majoriti 559 undi.

Berhubung kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN), Saravanan berkata, sebarang kenyataan hanya boleh dikeluarkan oleh Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran.- KOSMO! ONLINE

The post MIC tumpu satu kerusi untuk PRN Melaka appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved