Microsoft 365 Pada Windows 10 Tidak Menerima Ciri Baharu Selepas Ogos 2026

TechnologyDigital
14 Jul 2025 • 9:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mei lalu Microsoft mengumumkan sokongan aplikasi Microsoft 365 pada komputer Windows 10 akan dilanjutkan ke Oktober 2028. Tetapi hari ini Microsoft mengesahkan sebarang ciri baharu tidak lagi akan diberikan selepas Ogos 2026. Aplikasi akan terhenti pada versi 2608 sahaja dan selepas Ogos 2026, perisian hanya akan menerima sokongan tampalan sekuriti sahaja.

image is not available

Ini adalah satu lagi usaha Microsoft untuk meminta pengguna berpindah ke Windows 11. Sokongan untuk Windows 10 akan dihentikan pada 14 Oktober 2025. Sokongan kemas kini hanya dilanjutkan setahun sahaja lagi jika data disandarkan ke awanan menggunakan Windows Backup.

Walaupun sistem operasi sudah hampir tiba ke akhir hayat, pada permulaan bulan ini pengguna sistem operasi Windows 11 global adalah pada tahap 51.77% berbanding dengan Windows 10 pada tahap 45.02%. Microsoft mengatakan lebih 1 bilion komputer dunia menggunakan sistem operasi Windows. Ini bermakna masih terdapat ratusan juta PC masih dengan Windows 10.