Microsoft Copilot Dihalang Pada Peranti Kakitangan Kongres Amerika

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kongres Amerika Syarikat telah menghalang Microsoft Copilot daripada digunakan di peranti kerja yang diberikan kepada kakitangan menurut laporan Axio.. Ini adalah bagi mengelakkan data peribadi ataupun rahsia secara tidak sengaja tertiris ke platform lain. Sebelum ini kongres juga mengharamkan penggunaan ChatGPT pada peranti kerja yang diberikan atas sebab yang sama. Kakitangan masih boleh menggunakan Copilot dan ChatGPT pada peranti milik peribadi.

Penggunaan AI bagi membantu melakukan kerja harian kini adalah perkara normal di seluruh dunia. Tetapi kerana AI secara majoritinya masih memerlukan data dihantar ke awanan untuk diproses, ia mendatangkan risiko data tertiris.

image is not available

Sudahpun berlaku sebelum ini kakitangan Samsung secara tidak sengaja mendedahkan rahsia syarikat kerana menggunakan ChatGPT menyebabkan ia diharamkan sama sekali dan Samsung membangunkan AI sendiri dengan bantuan Naver.

Oleh sebab inilah ramai melihat masa depan AI yang beroperasi secara terbina dalam peranti. Ini sudahpun berlaku pada peranti Pixel dan Galaxy serta PC. Cabaran ialah perkakasan semasa masih belum cukup berkuasa untuk menjalankan model bahasa raya (LLM) yang lebih berkuasa . Ia bukan sahaja memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi tetapi turut memakan jumlah memori serta storan pada peranti.

Tetapi hanya AI terbina pada PC sahaja boleh memastikan data peribadi tidak tertiris secara tidak sengaja dan membenarkan pembantu maya AI peribadi dilatih menggunakan data milik kita sendiri dalam masa terdekat.