Microsoft Dilapor Ingin Guna Model AI Sendiri Gantikan Penawaran OpenAI

TechnologyBusiness & Finance
8 Jul 2026 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Dilapor Ingin Guna Model AI Sendiri Gantikan Penawaran OpenAI

Microsoft sedia melakukan pembuangan sejumlah pekerja, dan tidak setakat itu, kini mereka turut melakukan beberapa langkah dalam menjimatkan kos. Salah satunya adalah dalam beralih kepada penggunaan model mereka tersendiri, menggantikan penggunaan model OpenAI atau Anthropic.

Image from: Microsoft Dilapor Ingin Guna Model AI Sendiri Gantikan Penawaran OpenAI

Mengikut laporan, Microsoft telah mula menggunakan model mereka tersendiri dinamakan MAI pada beberapa perisian pejabat seperti Microsoft Excel dan Word, dimana apabila pengguna melakukan pertanyaan atau arahan, ia akan menggunakan model MAI dan bukannya OpenAI atau Anthropic seperti sebelum ini.

Microsoft dikatakan menguji perubahan ini pada sejumlah kecil pengguna. Dengan langkah ini, ia membolehkan Microsoft bersedia untuk peralihan sepenuhnya kepada model mereka, dan mendapatkan maklum balas awal berkenaan penggunaan MAI pada produk-produk mereka. Ini juga turut akan mengurangkan aliran keluar wang yang perlu dibayar untuk tujuan pelesenan dan penggunaan token perkhidmatan kecerdasan buatan yang lain.

Buat masa ini, Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut berkenaan hal ini. Microsoft pada awalnya antara yang menekankan penawaran CoPilot, tetapi dilihat semakin ketinggalan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved