Google Dilaporkan Tidak Mampu Menawarkan Kapasiti Penuh Penggunaan Gemini Untuk Meta

WorldTechnology
29 Jun 2026 • 9:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Dilaporkan Tidak Mampu Menawarkan Kapasiti Penuh Penggunaan Gemini Untuk Meta

Google kini dilaporkan telah mengehadkan akses kepada penggunaan model Gemini oleh Meta, disebabkan oleh kapasiti perkomputeran yang terhad. Mengikut laporan, Google telah memaklumkan Meta sekitar Mac 2026 yang lepas, mengatakan mereka tidak mampu untuk menawarkan kapasiti penuh Gemini untuk diakses mahupun dibeli oleh pihak Meta.

Image from: Google Dilaporkan Tidak Mampu Menawarkan Kapasiti Penuh Penggunaan Gemini Untuk Meta

Hal ini secara tidak langsung turut memberikan kesan kepada pembangunan dalaman oleh Meta. Meta juga telah meminta para pekerja mereka untuk berjimat dan menggunakan token (pengiraan penggunaan model AI) dengan lebih efisien. Selain Meta, ia dikatakan beberapa pelanggan Google turut terkesan dengan pengehadan ini.

Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, salah satu cabaran yang kini dihadapi pelbagai syarikat adalah melibatkan kuasa pemprosesan untuk memproses pelbagai penggunaan untuk kecerdasan buatan. Sejumlah syarikat sedia melabur pada pusat data, dan juga pembangunan cip pemprosesan sendiri dalam mengawal dan membolehkan mereka menawarkan kuasa perkomputeran yang lebih baik kepada pelanggan. Untuk Google sendiri, selain penawaran kepada pelanggan perusahaan lain, mereka turut memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan Gemini kepada pengguna awam yang kini telah melangkaui 900 juta pengguna aktif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved