Microsoft pada hari ini sedia melabur pada OpenAI, dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan mereka dalam pelbagai penawaran, termasuk pada Copilot dan pelbagai perkhidmatan lain. Namun, dengan Anthropic yang memperlihatkan hasil lebih baik pada beberapa penggunaan, Microsoft kini dilaporkan melihat untuk membayar Anthropic dalam menggunakan penawaran teknologi kecerdasan buatan mereka pada beberapa aplikasi.
Antara integrasi yang dilihat adalah pada aplikasi Office 365, sekaligus turut memperlihatkan Microsoft beralih daripada penggunaan eksklusif OpenAI kepada beberapa penyedia yang lain.
Ia dikatakan penggunaan teknologi Anthropic pada penggunaan seperti Excel dan PowerPoint menawarkan hasil lebih baik berbanding penggunaan OpenAI.
Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan komen rasmi, dan mungkin kita mendengarnya dalam masa beberapa minggu akan datang.



