Microsoft Dilaporkan Bekerjasama Untuk Membangunkan Konsol Mudah-Alih, Konsol Xbox Baru Dijangka Tiba Pada 2027

TechnologyDigital
11 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini, ia dapat dilihat bahawa konsol permainan mudah-alih seperti ASUS ROG Ally, Lenovo Legion Go dan MSI Claw cukup popular sekali di kalangan pengguna. Ia menggerakkan sistem operasi Microsoft Windows 11, dan membolehkan pengguna untuk mengakses permainan-permainan PC mereka dalam sebuah konsol yang padat dan mudah dibawa kemana-mana.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Microsoft sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat OEM untuk membina konsol permainan mudah-alih mereka sendiri. Ia nampaknya akan hadir dengan tema Xbox, dan lain daripada konsol PC lain sebelum ini, jadi ia nampaknya akan dibangunkan khusus untuk jenama Xbox.

image is not available

Imej olahan konsol tersebut dapat diperlihatkan, dan ia dilihat tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan konsol ROG Ally. Tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, ia tidak diketahui lagi dengan syarikat manakah kerjasama ini sedang dilakukan.

Dalam pada itu, laporan Windows Central turut mengatakan bahawa pembangunan untuk konsol pengganti Microsoft Xbox Series S/X nampaknya sudah diluluskan oleh CEO Microsoft Satya Nadella, yang dilaporkan akan hadir bersama-sama aksesori-aksesori baru. Ia dijangka bahawa konsol ini akan diperkenalkan sekitar tahun 2027 kelak.