Microsoft Loop Kini Di Microsoft Store, Apple App Store Dan Google Play Store

TechnologyDigital
2 Aug 2023 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Loop adalah pesaing kepada Notion yang dilancarkan pada tiga bulan lepas. Seperti Notion, Loop adalah aplikasi mencatat nota yang membenarkan pengguna berkolaborasi dan bekerjasama bersama rakan-rakan lain dalam membangunkan sesuatu projek atau dokumen.

image is not available

Ketika diperkenalkan bulan Mei lepas, Loop hanya ditawarkan dalam bentuk web. Kini Loop ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk Windows dan sedia dimuat turun di Microsoft Store. Bukan itu sahaja, Microsoft turut menawarkan aplikasi untuk iOS dan Android. Cuma paada dua platform ini ia masih dalam peringkat ujian dengan ia di muat turun melalui TestFlight dan Android Eary Access.

image is not available

Bagi pengguna Notion anda kini boleh cuba menggunakan Loop jika ingin projek-projek anda atau kerja-kerja lain diintegrasikan dengan perkhidmatan Microsoft lain seperti Outlook, Teams atau Office. Selain menawarkan antaramuka menarik, Loop turut mempunyai perkhidmatan kecerdasan buatan terbina.