Spotify Kini Mempunyai 551 Juta Pengguna Aktif, 220 Juta Pengguna Premium

TechnologyDigital
26 Jul 2023 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini berkongsi data terkini melibatkan perkhidmatan mereka, menyatakan perkhidmatan penstriman muzik berkenaan kini mempunyai seramai 551 juta pengguna aktif setiap bulan. Daripada angka tersebut, seramai 220 juta pengguna aktif adalah pelanggan Spotify Premium.

image is not available

Pada suku tahunan lepas sahaja, Spotify menyaksikan peningkatan seramai 36 juta pengguna pada perkhidmatan penstriman muzik berkenaan.

Pendapatan Spotify juga meningkat selari dengan langkah ini.

Baru-baru ini juga, Spotify telah mengumumkan peningkatan harga langganan perkhidmatan mereka di beberapa pasaran. Malaysia terkecuali dari peningkatan harga langganan tersebut buat masa ini.