Microsoft Melancarkan Mu – Model Bahasa Kecil Untuk Ciri Tetapan AI Copilot+ PC

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lalu Microsoft mengumumkan ciri kecerdasan buatan (AI) pada tetapan “Settings” Copilot+ PC yang menggunakan cip Snapdragon X. Menerusi ciri ini pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai tetapan komputer menggunakan bahasa biasa. Sebagai contoh “bagaimana mengubah saiz panah tetikus”. Hari ini Microsoft melancarkan model bahasa kecil (SLM) Mu yang digunakan agen kecerdasan buatan yang menjadi tulang belakang ciri ini.

image is not available

Mu dibangunkan daripada pengalaman yang dikumpul membangunkan Phi Silica sebelum ini. Ia dijalankan terus pada Copilot+ PC yang membolehkan ia digunakan tanpa sambungan internet. Kemampuan memproses adalah sehingga 100 token sesaat menggunakan NPU cip pemproses. Menerusi latihan, Mu boleh memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan dalam masa hanya 500 ms.

Microsoft akan terus mengemaskini Mu dengan maklum balas Windows Insider yang sedang menguji ciri ini akan dikumpul sebelum versi akhir ciri ini diberikan pada semua Copilot+ PC di masa hadapan.