WhatsApp Menguji Ciri Penjanaan Gambar Latar Belakang Menggunakan AI

TechnologyDigital
23 Jun 2025 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar latar belakang (Wallpaper) perbualan secara automatik menggunakan AI dari Meta. Ia boleh diakses melalui tetapan tema perbualan di mana pengguna boleh memilih untuk menggunakan gambar latar AI, sama ada untuk semua perbualan atau tertentu sahaja.

image is not available

Apabila pengguna mengakses bahagian antaramuka ciri ini, mereka akan diberikan cadangan reka bentuk automatik yang boleh terus digunakan. Sekiranya tiada yang menepati citarasa, pengguna boleh memasukkan arahan teks (prompt) tersendiri. Meta AI kemudian akan memproses arahan ini dan menghasilkan beberapa variasi gambar latar. Pengguna boleh menatal pilihan, memilih yang digemari, atau menyesuaikan arahan untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

Ciri ini direka untuk memberi lebih banyak pilihan dari segi warna, tema dan gaya, khususnya buat mereka yang inginkan kelainan daripada koleksi sedia ada. Setakat ini, ciri ini hanya tersedia kepada sebilangan pengguna beta melalui kemas kini terbaru, dan dijangka akan diperluaskan secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved