Microsoft Membatalkan Beberapa Permainan Xbox dan Menutup Studio

TechnologyGamingDigital
3 Jul 2025 • 8:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft dilaporkan akan membuang 9000 lagi pekerja dengan setakat ini kakitangan di bawah payung Xbox telahpun dihentikan kerja. Ini adalah bersamaan sekitar 4% jumlah pekerja global mereka. Daripada jumlah ini, 6000 adalah kakitangan yang terlibat dalam pembangunan perisian.

Sejurus selepas berita ini dilaporkan oleh CNBC, muncul pengumuman permainan Xbox seperti Perfect Dark dan Everwild dibatalkan. Perfect Dark sangat dinantikan peminat permainan video kerana ia adalah kesinambungan kepada permainan asal yang dilancarkan pada tahun 2000. Ia diumumkan lima tahun lalu dan kini studio The Initiative yang membangunkannya telah ditutup.

image is not available

Pembatalan Everwild juga mengejutkan kerana ia telah menjalani proses pembangunan selama beberapa tahun di Rare, studio yang cukup ternama. MMORPG Blackbird daripada pembangun Elder Scrolls Online turut dibatalkan Selain itu King, yang menerbitkan Candy Crush pula membuang 200 pekerja

Kesemua pembuangan pekerja dan pembatalan permainan di bawah panji Xbox ini dilakukan selepas Microsoft menyerah kalah kepada PlayStation dalam perang konsol generasi semasa. Permainan eksklusif Sea of Thieves, Forza dan Gears of Wars kini sudahpun ditawarkan di PlayStation. Projek konsol mudah alih Xbox juga dibatalkan dengan ia digantikan dengan ROG Xbox Ally menerusi kerjasama ASUS.

Microsoft masih lagi syarikat dengan nilai pasaran kedua tertinggi dunia di belakang NVIDIA. Keuntungan meningkat tahun lalu tetapi seperti yang lazim dilihat, syarikat mencatatkan keuntungan bukan jaminan kakitangan tidak akan dibuang secara pukal.