Microsoft Mengehadkan Bing Chat Kepada Hanya 50 Soalan Sehari

TechnologyDigital
18 Feb 2023 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan mengehadkan penggunaan Bing Chat – iaitu penggunaan kecerdasan buatan dalam mendapatkan jawapan kepada hanya 50 soalan sehari.

Tambahan lagi, untuk setiap sesi pertanyaan lanjutan, ia akan dihadkan kepada hanya 5 soalan dan jawapan untuk sesuatu sesi.

Dengan langkah ini, seseorang pengguna tidak boleh “bersembang” atau berbual dengan Bing Chat untuk tempoh yang lama. Microsoft mengatakan sesi yang lama bersama Bing Chat membawa kepada kecelaruan terhadap sistem bot berkenaan – sekaligus membuatkan jawapan yang diberikan kadang-kala berulang, atau “menakutkan”. Beberapa jawapan yang diberikan juga masih salah.

image is not available

Pengehadan ini juga memperlihatkan beberapa kekangan terhadap sistem bot berasaskan kecerdasan buatan dalam memperkenalkan ia kepada orang ramai dengan meluas. Secara tidak langsung, ini juga akan membuatkan ia sukar untuk digunakan sebagai pengganti enjin carian buat masa ini.