Microsoft Mengkaji Kebolehan Menyimpan Data Dalam Kaca – Bertahan Sehingga Ribuan Tahun

TechnologyDigital
18 Oct 2023 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, pelbagai pusat data menggunakan berasaskan storan magnetik yang mempunyai beberapa had, termasuk salah satunya adalah ketahanan yang tidak boleh bertahan begitu lama. Selari dengannya, kini Microsoft berkongsi kajian dan projek yang sedang dibangunkan oleh mereka, dinamakan Project Silica.

image is not available

Melalui projek baharu ini, Microsoft membangunkan teknologi storan baharu yang menggunakan plat kaca dalam menyimpan data – dikatakan boleh bertahan sehingga ribuan tahun. Menurut Microsoft, data beberapa TB boleh disimpan pada setiap plat kaca, dan boleh bertahan sehingga 10,000 tahun lamanya.

Selain tempoh ketahanan data yang lebih lama, penggunaan teknologi baharu ini juga dijangka menggunakan ruangan yang lebih sedikit – tetapi mampu menampung data yang lebih banyak.

Apa pun, Microsoft menyatakan buat masa ini, teknologi ini masih belum bersedia untuk dikomersilkan. Pembangunan perlu melalui sehingga 3 ke 4 fasa lagi, sebelum ia bersedia untuk penggunaan komersil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved