WhatsApp Bakal Mengintegrasikan Sejumlah Ciri AI Tidak Lama Lagi – Boleh Bersembang Dengan AI

TechnologyDigital
2 Oct 2023 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta pada minggu lepas telah pun mengumumkan sejumlah pengenalan ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) dibawah Meta AI. Antaranya adalah kebolehan berbual dengan sejumlah selebriti dan artis yang dikuasakan AI, selain menjana pelekat dan kandungan berasaskan AI.

Selari dengannya, kini perkhidmatan permesejan popular dibawah Meta, iaitu WhatsApp telah mengorak langkah awal dalam mengintegrasikan sokongannya.

image is not available

Melalui ujian terhad yang telah dimulakan, WhatsApp kelak akan membolehkan anda berbual dengan Meta AI, sekaligus memudahkan anda mendapatkan jawapan untuk pelbagai persoalan, menambahnya pada WhatsApp Groups untuk menyelesaikan sesuatu perdebatan, atau turut mendapatkan perspektif dan pandangan yang berbeza.

image is not available

Integrasi AI pada WhatsApp juga turut akan memudahkan anda menjana imej berasaskan kecerdasan buatan, disamping menjana “Sticker” untuk dikongsikan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini kepada umum. WABetaInfo telah mula melihat implementasi awal melalui semakan kod dan ciri baharu – menandakan kita mungkin akan melihat ia diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved