WhatsApp Perkenalkan Ciri Baharu Untuk Status Yang Lebih Kreatif

TechnologyDigital
30 May 2025 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Status merupakan ruang peribadi bagi sesetengah pengguna untuk kemas kini yang khusus bagi kenalan rapat sahaja. Kini, WhatsApp memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyesuaikan Status dengan lebih menarik dan kreatif.

image is not available

Mereka boleh menyusun sehingga enam foto dalam satu kolaj menggunakan alat suntingan (Layout) khusus, serta menambah lagu (More with Music) atau pelekat muzik bagi menggambarkan suasana yang diinginkan. Selain itu, mereka juga boleh menukar foto kepada pelekat (Photo Stickers), serta melaraskan saiz dan kedudukannya dalam Status agar lebih sesuai dan menarik.

Ciri Add Yours pula membolehkan pengguna berkongsi foto dengan pelekat ‘Add Yours’ untuk mengajak kenalan turut serta dalam perbualan dan berkongsi balasan mereka sebagai Status sendiri. Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat dan dijangka tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved