ASUS ROG Xbox Ally X Dikemaskini Dengan Ciri-Ciri Tambahan

TechnologyGaming
4 May 2026 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS ROG Xbox Ally X Dikemaskini Dengan Ciri-Ciri Tambahan

Microsoft baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini baru untuk konsol PC mudah-alih ASUS ROG Xbox Ally X yang memperlihatkan ciri-ciri tambahan yang meningkatkan mutu pengalaman gaming pada konsol tersebut.

Dengan kemaskini terbaru ini, Microsoft telah memperkenalkan ciri Auto SR atau Automatic Super Resolution yang berfungsi sama seperti ciri AMD FSR dan NVIDIA DLSS yang meningkatkan resolusi permainan dan memperlihatkan kualiti output permainan yang lebih tajam apabila memainkan permainan-permainan komputer dengan konsol ini.

Image from: ASUS ROG Xbox Ally X Dikemaskini Dengan Ciri-Ciri Tambahan

Mod ini boleh diperlihatkan dan akan diaktifkan secara automatik apabila konsol digunakan dalam mod dermaga. Auto SR dilihat sangat berguna apabila output paparan dialihkan kepada skrin yang lebih besar.

Dalam pada itu, kemaskini ini juga memperkenalkan kursor tetikus yang boleh dikawal menggunakan kayu ria konsol untuk mereka yang mahukan kawalan skrin yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan fungsi sesentuh khususnya apabila digunakan dalam mod handheld.

Image from: ASUS ROG Xbox Ally X Dikemaskini Dengan Ciri-Ciri Tambahan

Perisian Xbox PC App juga telah dikemaskini untuk membolehkan pengguna mengakses pelbagai gedung pembelian permainan PC dengan lebih mudah.

Dilancarkan pada bulan ini, pengguna boleh menambah, mengalih keluar, mengedit dan melancarkan sebarang permainan atau aplikasi yang dipasang terus daripada pengalaman Xbox, termasuk permainan daripada kedai dan pelancar permainan PC yang lain.

Microsoft juga telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri tambahan yang lain untuk meningkatkan mutu pengalaman permainan komputer pada konsol ASUS ROG Xbox Ally X, yang dijangka juga akan diperlihatkan kelak pada konsol-konsol lain juga.