PC Windows 11 Kini Boleh Melangkau Proses Windows Update Semasa Peranti Kali Pertama Diaktifkan

TechnologyDigital
14 Apr 2026 • 10:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya sudah lebih lima tahun meninggalkan PC Windows kerana tidak lagi mampu bersabar dengan pelbagai isu pada sistem operasi Microsoft ini. Tetapi saya masih perlu menggunakan Windows 11 ketika mengulas produk dan antara perkara paling menimbulkan kemarahan ialah kewajipan melakukan Windows Update ketika kali pertama PC diaktifkan. Proses ini mengambil masa yang lama sedangkan saya ingin terus menggunakan komputer riba baharu.

Hari ini Windows 11 telah dikemas kini dan selepas ini kemas kini Windows Update akhirnya boleh dilangkau semasa PC baharu diaktifkan. Proses kemas kini sistem operasi dengan tampalan sekuriti kini boleh dilakukan selepas proses pengaktifan pertama kali selesai.

image is not available

Ia antara ciri yang dijanjikan oleh Microsoft beberapa minggu lalu bagi menangani rungutan pengguna Windows 11 yang semakin hilang sabar dengan pelbagai isu yang timbul sejak beberapa bulan lalu.

Selain itu Microsoft turut menjanjikan Copilot dalam Windows akan diintegrasikan secara lebih bermakna dan mempunyai fokus. Integrasi Copilot dalam aplikasi seperti Snipping Tool, Photos, Widgets, dan Notepad akan dikurangkan selepas ini. Widgets pula lebih senyap secara lalai bagi mengurangkan gangguan serta kawalan terhadap bila dan bagaimana Widgets muncul.

Prestasi WIndows 11 akan menjadi lebih pantas dan konsisten. Ini menerusi pengurangan penggunaan sumber oleh Windows, pelancaran aplikasi lebih pantas dan kecekapan penggunaan memori lebih baik. Pada File Explorer, pelancaran lebih cepat bersama dengan navigasi, carian, dan operasi fail.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved