Microsoft Perkenal Copilot Studio – Memudahkan Pembangunan Chatbot GPT Tersendiri

TechnologyDigital
16 Nov 2023 • 1:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama kemaskini penjenamaan untuk Copilot, kini Microsoft turut sama memperkenalkan salah satu aplikasi mudah untuk perusahaan, dinamakan Microsoft Copilot Studio. Melaluinya, ia menawarkan kemudahan untuk para pengguna membangunkan chatbot GPT tersendiri untuk digunakan bersama-sama Copilot.

Dengan langkah ini, sesiapa sahaja boleh membangunkan chatbot tersendiri – seterusnya mengintegrasikan data sendiri seperti belanjawan syarikat, progres projek dan sebagainya – seterusnya menggunakan chatbot untuk berinteraksi dan mendapatkan data berkaitan.

Ia sekaligus memudahkan pengguna membangunkan chatbot tersendiri dan mengawal data yang digunakan tanpa perlu dikongsikan bersama pengguna awam lain.

Microsoft Copilot Studio tersedia hari ini, dan Microsoft menyatakan integrasi Copilot bersama Microsoft 365 kini pada fasa pengenalan.