Sony Xperia 10 V Mula Menerima Kemaskini Android 14

TechnologyDigital
14 Nov 2023 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony menerusi salah satu ciapan di Twitter rasmi mengumumkan pengenalan sistem operasi Android 14 untuk peranti kelas pertengahan Xperia 10 V. Ini sekaligus menyertai Sony Xperia 1 V yang turut telah menerima kemaskini yang sama sebelum ini. Jangka masa khusus penerimaan sudah semestinya berbeza mengikut negara yang dikatakan bermula dengan pengguna di Eropah dan UK terlebih dahulu.

image is not available

Dengan penawaran Android 14, pelbagai pembaharuan disertakan pada peranti seperti pintasan skrin kunci baharu, pemilihan fon lebih banyak, Nearby Share dengan sokongan untuk PC Windows 10 dan keserasian tambahan dengan aplikasi Find My Device. Dalam pada itu kemaskini juga membawa pilihan privasi yang dipertingkatkan serta tetapan bateri serba baharu.